• Parlimen Bangi
    P102 Bangi
    N25 Kajang
    N26 Sg Ramal
    N27 Balakong
    Orange Comment
  • GANGGUAN PERKHIDMATAN KTM BERHAD 23 NOVEMBER 2017 (KHAMIS)
    Perhatian kepada semua para pengguna perkhidmatan KTM Berhad, adalah dimaklumkan berlaku kegelinciran 12 gerabak tren Kargo, perjalanan dari Ipoh ke Pelabuhan Klang, pada jam 2.58pagi ini, di antara Stesen Bank Negara - Stesen Kuala Lumpur, km386.00.

    Oleh itu, berikut adalah gangguan perkhidmatan dan status terkini operasi perkhidmatan tren KTM Berhad;

    • Perkhidmatan KTM Komuter
    ...
    See More

    LALUAN TANJUNG MALIM - PELABUHAN KLANG

    Perkhidmatan komuter hanya beroperasi di antara laluan Stesen Tanjung Malim - Stesen Kepong dan Stesen KL Sentral - Stesen Pelabuhan Klang.

    Tiada perkhidmatan di antara laluan Stesen Kepong - Stesen KL Sentral.

    LALUAN BATU CAVES - SEREMBAN - TAMPIN/PULAU SEBANG

    Perkhidmatan komuter hanya beroperasi di antara laluan Stesen Batu Caves - Stesen Sentul dan Stesen KL Sentral - Seremban - Tampin/Pulau Sebang.

    Bas disediakan di antara laluan Stesen Sentul ke Stesen KL Sentral.

    Jangkaan kelewatan perkhidmatan tren KTM Komuter bagi semua laluan adalah di antara 30 hingga 45 minit.

    • Perkhidmatan ETS

    LALUAN SEKTOR UTARA
    (PADANG BESAR/BUTTERWORTH - IPOH - KL SENTRAL - GEMAS)

    Perkhidmatan tren ETS dari Sektor Utara akan beroperasi hingga di Stesen Sungai Buloh. Para penumpang akan dibawa menggunakan perkhidmatan tren MRT dari Stesen Sungai Buloh ke Stesen KL Sentral dan meneruskan perjalanan ke Stesen Gemas menggunakan perkhidmatan tren ETS.

    LALUAN SEKTOR SELATAN
    (GEMAS - KL SENTRAL - IPOH - BUTTERWORTH/PADANG BESAR)

    Perkhidmatan tren ETS dari Sektor Selatan akan beroperasi hingga Stesen KL Sentral. Para penumpang akan dibawa menggunakan perkhidmatan tren MRT dari Stesen KL Sentral ke Stesen Sungai Buloh dan meneruskan perjalanan ke Stesen Padang Besar, Stesen Butterworth dan Stesen Ipoh menggunakan perkhidmatan tren ETS.

    Jangkaan kelewatan perkhidmatan tren ETS bagi semua laluan adalah di antara 30 hingga 60 minit.

    Kerja-kerja baikpulih sedang giat dijalankan dan dijangka mengambil tempoh masa sehingga dua (2) hingga tiga (3) hari untuk perkhidmatan kembali beroperasi seperti biasa. Sebarang perkembangan terkini, akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila layari laman twitter rasmi KTM Berhad di @ktm_berhad dan hubungi Pusat Panggilan KTM Berhad di 03-2267 1200.

    KTM Berhad memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

    Terima kasih.
    Orange Comment
  • GENG 04 INDIA – 21 ANGGOTA DIDAKWA DI MAHKAMAH [14 OGOS 2017]
    https://www.youtube.com/watch?v=UOTKRmn43_I

    21 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Seysen Georgtown HARI INI atas dakwaan menjadi anggota sebuah kumpulan jenayah terancang sejak 2015 hingga Julai tahun ini. Seorang daripada anggota kumpulan itu didakwa di Hospital Pulau Pinang kerana sedang menerima rawatan penyakit sawan.
    Orange Comment
  • Kemalangan jalan raya van pelajar Tahfiz
    Assalamualaikum
    Tuan,

    1. Makluman Kejadian: Kemalangan Jalanraya

    ...
    See More
    2. Perihal Kejadian: Kemalangan melibatkan sebuah Van membawa pelajar Tahfiz terbabas jatuh parit dan 14 mangsa terlibat. 5 tersepit dan 9 di keluar oleh orang awam

    3. Bertarikh: 02.06.2017

    4. Alamat: Kg. Telekong, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, Kuala Krai, Kelantan

    5. Terima: 09:45

    6. Jentera: 1 FRT BBP Kuala Krai & 1 FRT Machang

    7. Jentera Sampai: 10:00

    8. Balai Terlibat: BBP Kuala Krai

    9: Bil. Jentera: 2

    10. Bil. Anggota: 12 anggota

    11. Ketua Operasi: PBK II Zubaderi bin Dahari

    12: KOK : PPgB Shapawi bin Stapa

    (5 Maut 9 cedera parah)
    Orange Comment
  • Bukan hanya di Pantai Timur
    Jika di Pantai Timur, kita biasa melihat kedai Cina memasang papan tanda tulisan Jawi.

    Namun di Kajang pun boleh jumpa.
    Orange Comment
  • Tayar treler meletup
    Tayar treler meletup menghempap kereta di highway PLUS dekat Lembah Beringin. 6 maut & lorong kanan & tengah kedua2 hala ditutup untuk kerja menyelamat. Hati-hati memandu ke utara & selatan dekat Lembah Beringin
    Orange Comment
  • Muntah cleaning - RM15
    Kenapa Di Charge Rm15 ?
    Ini Penjelasaannya
    Nasi Kandar Pelita Jalan Ampang KL

    AHAD
    ...
    See More
    Tarikh : 2.4.17
    Jam 5 pagi

    Berlaku satu kejadian Seorang customer mabuk masuk kedai & order makan lepas tu muntah penuh dalam pinggan dan atas meja.

    Memang patut pihak Pelita Nasi Kandar charge RM 15 untuk cuci najis muntah tu bahkan pinggan tersebut juga telah dibuang.

    Kalau kanak2 muntah dalam kedai tidak pernah kenakan sebarang charge.

    Laporan polis telah dibuat oleh pihak Pelita Nasi Kandar berserta rakaman CCTV.

    Harap maklum.
    Terima kasih
    Orange Comment
  • Tabung Surau As Sajidin dipecahkan - penjenayah dikehendaki
    Klang,Selangor

    Dukacita ingin saya maklumkan, pada 29.3.17 sekitar jam 12tgh, surau as sajidin taman selat damai port klang telah di ceroboh oleh 2 individu. tabung2 telah dipecahkan.

    pihak pengurusan surau as sajidin telah membuat laporan polis
    ...
    See More

    susulan dari itu, kami memohon perhatian dan jasa baik tuan puan,dan semua Group Info Whatsap ,tolong Tularkan gambar seperti dibawah ini,ke group2 info yg lain ,dan sekiranya jika ada ternampak sesiapa individu yg mencurigakan di surau, harap dapat disoal siasat bg membendung kes yg sama dari berulang.

    mohon juga doa kalian agar musibah ini dibalas dgn seribu kebaikan buat jemaah, surau dan penduduk TSD dan sekitar...

    saya harap jgn sikap menyalah mana2 individu atau mana2 pihak atas kejadian yg dah berlaku. kita anggap ini suratan dan ujian.

    disertakan muka individu tersebut. jika ada yg kenal atau ada yg terserempak boleh kongsi maklumat. sekian terima kasih...

    Wassalamualaikum...
    Orange Comment
  • Puting beliung di Jambatan Pulau Pinang
    28 Mac 2017, jam 6.18pm kelihatan puting beliung di Jambatan Pulau Pinang.

    Sumber - https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1766480553667351&id=100009162701916
    Orange Comment
  • Kejadian rompakan di Kg Melayu Batu 16
    Assalamualaikum

    Nak bgtau nie

    Baru mlm tadi kejadian rompakan di Kg Melayu Batu 16, sebelah rumah ibu Rosmaria Mazawam.
    ...
    See More

    5 orang Melayu datang cara elok bagi salam lepas tu merompak.
    Orange Comment
More Stories